Dah kopak beli liquid commercial? Nak cuba bancuh liquid sendiri? Ini memang antara dua sebab utama kenapa kaki DIY mula berkecimpung dalam bidang ini.
Kebanyakan kaki DIY akan mula dengan membancuh resipi yang dikongsi online. Contoh resipi yang mereka jumpa adalah seperti berikut:
TPA Watermelon 10%
TPA Honeydew 5%
Recommended PG:VG 50%:50%
Apakah kegilaan ini? Nicotine dia berapa mg pulak ni? PG nak letak berapa? VG pulak berapa? Ni resipi nak buat berapa ml?
Menakutkan tak? Rasa lost tak?
Berita baiknya banyak apps yang boleh tolong kira berapa ml flavour, nicotine, PG dan VG yang korang perlu bancuh untuk target volume korang. Contoh nak buat 10ml resipi diatas pada kadar 6mg nic dan PG:VG 50%:50%. Tu korang boleh search sendiri bergantung kepada platform apa yg korang guna; android ke ios ke windows mobile ke. Ini luar skop guideline ni. Kat sini kawan nak explain secara matematik sahaja.
Matlamat:
Menghasilkan 10ml resipi diatas pada kadar nicotine 6mg/ml dan PG:VG 50%:50%.
Bahan mentah diperlukan:
- Flavour TPA Watermelon
- Flavour TPA Honeydew
- Nicotine (dicadangkan cari 100mg)
- PG
- VG
Perkakas diperlukan:
- Botol yang sesuai
- Picagari (saiz 5ml pun dah ok untuk mix sikit)
Sifat diperlukan:
- Kesabaran
- Ketelitian
- Keselamatan (sebab kita handle nicotine yang toksik)
- Ingin tahu/rajin eksperimen
- Jatidiri/tak mudah putus asa
Lain-lain:
- Masa (ini bukan hal instant)
- Wang (macam vaping juga, lama kelamaan rasa nak stok flavour dan raw materials tu akan mencanak... Selalunya lah)
Dah bersedia? Jom kita mula!
Pengiraan asasnya mcm ni:
Flavour + Nicotine + PG + VG = 10ml
Dan kita dah tahu:
Watermelon 10%
Maka Watermelon yang diperlukan
= 10% x 10ml = 1ml
Honeydew 5%
Maka Honeydew yang diperlukan
= 5% x 10ml = 0.5ml
Maka total flavour ialah 15%, bersamaan 1.5ml. Jadi mana datang lagi 8.5ml dalam bancuhan akhir kita? Sabar... Nak explain lah ni. Ingat tak sifat yang diperlukan tadi? Kesabaran!
Komponen penting seterusnya ialah nicotine. NI TAK BOLEH BUAT MAIN-MAIN. BURUK PADAHNYA SEBAB NICOTINE NI TOKSIK!
Target kita nak 6mg. Tapi base nicotine kita 100mg. Maka jelasnya kita kena larutkan. Tapi macamana formula dia? Fokus!
Total liquid kita 10ml. 6mg pula 6% dari 100mg, betul? Jadi kita perlukan 6% dari 10ml untuk nicotine kita.
Maka nic yang diperlukan
= 6% x 10ml = 0.6ml
OK, setakat ni, kita dah tahu:
Watermelon: 1ml
Honeydew: 0.5ml
Nicotine: 0.6ml
Total: 2.1ml
Balance 7.9ml akan datang dari PG dan VG. Jadi nak letak berapa ml PG dan berapa ml VG? Sabar!
Nota: Flavour dan nic SELALUNYA dilarutkan dalam PG. Jadi kita kena kira mereka dalam nisbah PG.
Maka untuk dapatkan nisbah PG:VG 50:50 bagi hasil liquid 10ml kita tadi, kita kena ada 5ml PG dan 5ml VG.
Kita dah tahu kita dah ada 2.1ml PG dalam bentuk flavour dan nicotine. Maka kita kena tambah lagi 2.9ml PG tulen dalam liquid kita.
Akhir sekali untuk mendapatkan volume 10ml liquid tadi kita tambah 5ml VG.
Akhirnya kita dapat;
Watermelon: 1ml
Honeydew: 0.5ml
Nicotine: 0.6ml
PG: 2.9ml
VG: 5ml
JUMLAH: 10ml
Tahniah! Bancuhan pertama anda dah siap. Tutup botol. Goncang gila-gila dalam 30 saat. Dan biarkan liquid tu rehat dalam 15 minit. Lepas tu try vape sikit.
Nak lagi best perap dulu 3-7 hari. Lepas tu try vape lagi. Makin sedap kan? Kalau nak mix batch yang lebih banyak gandakan formula tadi dari segi kuantiti.
Katakan nak mix 30ml. Kali tiga semua bahan diatas. Nak mix 50ml? Kali lima. 100ml? Kali 10.
Mudah kan? Not rocket science ;)
Happy mixing!
PERKONGSIAAN TERBAIK ..
ReplyDelete100% JELAS
tp syor x yh ambil nikotin ..BAHAYE
Delete